Tips Simple Untuk Menghilangkan Bau Nasi Hangit


#Pada masa sekarang ramai orang menggunakan periuk nasi elektrik untuk memasak nasi. Jadi risiko untuk nasi hangit tu tersangatlah kurang kecuali kuantiti air kurang. Cuba anda menggunakan periuk biasa untuk memasak nasi, risiko untuk nasi hangit sangat besar kerana orang sekarang bukan orang zaman dahulu, tak tahu nak anggar dah masak ke belum.

#Dibawah ini sy berkongsi sedikit tips simple untuk menggilangkan bau nasi hangit. Mari kita baca tips simple untuk menghilangkan bau nasi hangit dibawah.

#Menghilangkan Bau Nasi Hangit Dengan Sirih

#Jika nasi menjadi hangit selepas dimasak, jangan keluarkan dahulu tapi cuba letakkan beberapa helai daun sirih dalam periuk nasi dan tutup selama 5 minit. Kemudian barulah buka penutupnya dan bau nasi hangit akan hilang.

#Menghilangkan Bau Nasi Hangit Dengan Menggunakan Cili Padi

#Ambil beberapa cili padi dan cucukkan hujungnya pada bahagian atas nasi seperti mencucuk lilin pada kek hari jadi. Biarkan seketika dan apabila cili padi kelihatan layu atau seperti lebam, Bau hangit akan hilang.

#Menghilangkan Bau Nasi Hangit Dengan Menggunakan Cili Padi

#Ambil beberapa tangkai cili kering dan letakkan dalam periuk nasi (kuantiti cili kering bergantung kepada jumlah kuantiti nasi yang dimasak). Setelah itu, panaskan kembali nasi selama 2 minit dan bau nasi hangit akan hilang.

SELAMAT MENCUBA!

0 Response to " Tips Simple Untuk Menghilangkan Bau Nasi Hangit "

Post a Comment

JUALAN EBOOK TERLARIS DAPATKAN SEKARANG!!!