Melbourne Love TGNA
SHAH ALAM - Pemergian bekas Menteri Besar Kelantan , Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Khamis , 12 Februari lepas mendapat perhatian pelajar-pelajar Malaysia yang berada di luar negara .
Kematian Allahyarham yg juga dikenali Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) turut mendapat reaksi pelajar Malaysia di Australia .
Paparan papan elektronik bertulis 'Melbourne Love TGNA' di sebuah bangunan di Bourke Street, Australia menjadi viral di laman media sosial selepas kematian Mursyidul Am Pas itu.
Seorang pelajar Malaysia turut mengutuskan ucapan takziah di atas kematian pemimpin Pas yg disegani itu .
“Saya berasa sedih atas berita kematian berkenaan itu dan menggunakan kempen yang disediakan oleh syarikat telco tempatan Telstra untuk menyampaikan mesej berkenaan ,” katanya dari Melbourne ketika dihubungi SH , hari ini .
Kempen syarikat telekomunikasi itu sebenarnya mensasarkan rakyat negara tersebut yang menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day) pada 14 Februari .
Menurut pelajar Universiti of Melbourne itu lg , sejumlah 20 pelajar Malaysia dari pelbagai universiti di Australia turut melakukan solat jenazah ghaib utk Allahyarham .
Terdahulu, beberapa keping foto yang menunjukkan mesej berbeza seperti 'Malaysia Love TGNA' dan 'We Love Nik Aziz' di papan media elektronik sama juga telah dimuatnaik ke laman sosial .
0 Response to " Melbourne Love TGNA "
Post a Comment