5 Petanda - petanda awal Kanser

Masalahnya ramai yang mendapatkan rawatan agak lewat kerana tidak mengetahui mereka menghidap penyakit kanser sehinggalah pada tahap akhir .


Menurut kajian oleh pakar perubatan di Barat, ada lima tanda atau gejala yang perlu diberi perhatian kerana kemungkinan itu petanda awal penyakit tersebut .





Lima Petanda Awal Penyakit Kanser

1 . Batuk untuk tempoh yang lama dan suara bertukar serak
Batuk yang kerap muncul dan hilang biasanya dikaitkan dgn gejala alergi. Namun, jika ia tak sembuh dan disertai dengan darah, maka pesakit harus berwaspada kerana ia mungkin petanda awal kanser paru-paru. Pemeriksaan X-ray perlu dilakukan bagi mengesahkan penyakit tersebut .

2 . Kesakitan yang berlarutan tanpa penjelasan

Tidak semestinya sesuatu kesakitan disebabkan oleh kanser. Namun jika ia berlarutan untuk jangka masa panjang, ada baiknya untuk melakukan pemeriksaan lanjut. Contohnya jika seseorang mengalami sakit kepala berterusan tanpa sebab. Kemungkinan sakit kepala itu ada kaitan dengan kanser otak? Begitu juga dengan kesakitan lama di kawasan dada atau perut yang mungkin petanda kepada kanser paru-paru dan ovari  .

3 . Perubahan saiz tahi lalat

Jika melihat saiz tahi lalat pada kulit bertambah besar daripada saiz asal, elok lakukan pemeriksaan walaupun ia mungkin tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kanser kulit . Mencegah itu lebih baik daripada merawat , betul tak ?

4 . Pendarahan abnormal
Pendarahan faraj yang tidak normal iaitu di luar kitaran haid boleh menjadi tanda awal kanser serviks , manakala pendarahan yang keluar dari dubur pula boleh jadi petanda awal kanser usus. Jadi lakukan pemeriksaan lanjut jika berlaku pendarahan.

5 . Penurunan berat badan yang tak normal

Sesetengah orang mungkin teruja apabila berat badan mereka menurun khususnya bagi yang mempunyai masalah berat badan berlebihan. Namun , jika ia menurun secara mendadak tanpa ada punca seperti berdiet ataupun bersenam , mungkin itu petanda kepada penyakit kanser. Pemeriksaan lanjut harus dilakukan segera .

Artikel ini bukan untuk menakutkan atau merisaukan sesiapa. Namun sekadar untuk berkongsi info tentang kesihatan. Mungkin gejala-gejala yang dirasai itu cuma sakit biasa tapi tak salah kalau mendapatkan pemeriksaan awal kan .

0 Response to " 5 Petanda - petanda awal Kanser "

Post a Comment

JUALAN EBOOK TERLARIS DAPATKAN SEKARANG!!!